Minggu, 27 Desember 2015

WIRID SURAT AL-WAQI'AH

Wirid Surat al-Waqi’ah

Oleh: Ustadz Yachya Yusliha
Surat al-Waqiah sudah sangat terkenal di kalangan ahli wirid sebagai surat yang mempunyai khasiat dan fadhilah untuk mendatangkan kekayaan.
Banyak cara pengamalan surat Waqi’ah ini yang di sampaikan oleh beberapa kyai atau ulama.
Tentang waktunya dan jumlah pengamalan surat inipun berbeda-beda.
Rasulullah s.a.w. bersaba: “Barang siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan di timpa kefakiran.

”Sabda Rasulullah s.a.w. juga : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan di timpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Ada lagi Sabda Rasulullah s.a.w.
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu.
Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Rasulullah s.a.w. meminta kita mengajarkan surat ini kepada anak-anak kita :
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.
Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.
”Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.
”Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juz ke 27 dan terdiri dari 96 ayat.
Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang di terima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa fadhilah, antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malamsatu kali, maka dia di jauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insya Allah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. Insya Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya di limpahkan rezeki.
Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Juma'at berikutnya; pada malam Jumat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali di ikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika di baca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insya Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.
Jika di baca di sisi orang sakit, di ringankan kesakitannya.
Jika di tulis, kemudian di pakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya Allah segera melahirkan dengan mudah.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, dimulai pada hari Juma'at berakhir pada hari Khamis.
Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala hewan, hanya makan sayur-sayuran saja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali.
Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Juma'at pertama, maka diakhiri pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ padaJumaat berikutnya.
* Pada malam Juma'at terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Itulah beberapa cara pengamalansurat al-waqiah yang beragam, silahkan anda amalkan untuk wasilah memohon rejeki kepada Allah.
Pilihlah cara yang memungkinkan anda untuk dapat istiqomah mengamalkannya.
Semoga rezeki anda segera di mudahkan oleh Allah swt SWT. Amin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar